Make your own free website on Tripod.com

Makanan Malaysia



Hanya tepung gandum,garam dan minyak diperlukan untuk menyediakan sajian enak ini.Walaupun sering dipertikaikan sebagai makanan yang berkolestrol tinggi keenakannya tiada tolok bandingan. Keenakannya melipat ganda apabila dimakan bersama kari kuah dhal.Makanan ini sering dijadikan sajian sarapan oleh ramai rakyat Malaysia.


Nasi yang dimasak dengan santan kelapa dikenali sebagai Nasi Lemak. Nasi ini dimakan bersama sambal ikan bilis,sotong ataupun udang. Kadang-kadang timun,kacang goreng dan telur rebus turut disajikan bersama Nasi Lemak. Nasi Lemak yang dijual di kedai dibungkus rapi dengan daun pisang.Dikatakan keenakan nasi lemak bertambah apabila dibungkus dengan daun pisang.


Satu lagi masakan yang popular di Malaysia ialah Pisang Goreng. Pisang Emas atau Pisang Berangan sahaja digunakan untuk membuat pisang goreng. Pisang yang dicelupkan dengan larutan tepung sagu digoreng dalam minyak panas sehingga bertukar ke warna keemasan. Pisang Goreng sesuai dimakan semasa minum petang.Pisang Goreng boleh didapati dengan mudah di gerai-gerai makanan di seluruh Malaysia.


Karipap yang tergolong dalam kategori kuih-muih juga merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ubi kentang yang direbus dan ditumis dengan bawang,serbuk kari dan beberapa jenis herba dijadikan inti karipap.Tepung Gandum yang diuli nipis digunakan untuk membalut inti tersebut dan akhirnya digoreng dengan minyak panas.


Tosai pada asalnya merupakan masakan tradisional masyarakat India.Campuran beras dan ulundhu dalam kuantiti yang tertentu dikisar bersama air dan dibiarkan semalaman supaya menjadi masam. Kisaran tersebut dipastikan tidak menjadi terlalu masam. Kisaran yang masam tersebut diceduk dengan sudip dan dicurahkan secara perlahan-lahan ke atas suatu besi masakan khas dalam satu bentuk bulatan yang lengkap. Apabila tosai telah masak ia tidak melekat lagi pada besi masakan tersebut bolehlah diangkat dengan mudah.Tosai biasanya dimakan bersama kari kuah dhal ataupun bersama kisaran campuran cili padi dan bunga kelapa.



Untuk Maklumat Lanjut sila Email saya.


Nikmatilah Keenakannya

Lawatlah Malaysia